Waktu Solat - K.Trg dan Marang

COUNTDOWN TO PEPERIKSAAN UPSR 2011, at 08:00:

Hari Jam Minit Saat

30 June, 2007

30 Jun 2007


Gotong royong Perdana: Sebahagian daripada pelajar yang terlibat dengan program gotong royong perdana yang diadakan di SKGN dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 9.30 pagi
Pelajar Tahun 6 sedang tekun mengikuti kem

Bermula pukul 10.00 pagi pelajar SKGN mengikuti kem bestari solat hingga pukul 10.00 malam. Manakala pelajar tahun 6 mengikuti kem mata pelajaran, juga sehingga pukul 10.00 malam. Guru-guru memberi sepenuh kerjasama dalam menjayakan ketiga-tiga program ini, orang Terengganu kata sampai 'tak rok kediri'. Terima kasih cikgu. Terima kasih kepada yang beri kerjasama hingga 'tak rok kediri'..... Kem dimulakan dengan bacaan yassin dan doa beramai-ramai oleh peserta dan fasilitator yang terlibat
Petang, 5.30-6.15: Peserta mengikuti aktiviti senamrobik
Sebahagian peserta bestari solat sedang mengikuti program


29 June, 2007

Jumaat 29 Jun 2007 pun ada aktiviti

Pasukan bola baling perempuan bawah 11 tahun sedang beraksi
Pasukan bola baling lelaki bawah 11 tahun SKGN juga turut turun padang pagi ni(29Jun)

29 Jun 2007, Jumaat: Pasukan bola baling Lelaki dan Perempuan bawah 11 turun padang pagi ni. P11 mendapat tempat ke4, yang lelaki bolehlah tempat ke6, kira bagus tu sebab Marang ada 29 sekolah. Pasukan bola tampar B11(L&P) juga turun gelanggang pagi ni, keputusan kira bagus juga berbanding sekolah yang tak masuk langsung. pagi ni juga pelatih boling meneruskan latihan di TER. Manakala peserta koir mendapat jemputan membuat persembahan di SK Bukit Payong, fuhhh sibuk sungguh GoNang... Terima Kasih Ustaz Ali, Cg Noraini, Cg Abu, Cg Zainun, Cg. Fairuz, Cg.PK2, Cg. Robie, Cg... ramai lagi ni....

Berita SKGN

7.30 pagi 29 Jun 2007 - pasukan bolatampar dan bolabaling lelaki dan perempuan akan berentap dengan pasukan dari sekolah lain di daerah Marang dalam pertandingan karnival bawan 11 tahun yang akan dilangsungkan didua tempat berasingan :
1. Bola baling di SMK Seberang Marang
2. Bolatampar di SMK Rusila dan SK Medan Jaya
Semua guru SKGN dijangka akan turun beramai-ramai ke pertandingan tersebut. Dalam pada ini pasukan tenpin boling SKGN akan turun membuat latihan di TER jam 9.30 hingga 11.30 pagi.

Peta ke SKGN


Seminar menjawab soalan UPSR

Waris pelajar menikmati jamuan selepas selesai majlis solat hajat, bacaan yasin dan tahlil. Jamuan disediakan oleh guru-guru SKGN... (manyak bagut oooo ini cikgu GoNang)

Pelajar SKGN tekun mendengar penerangan fasilitor semasa mengikuti seminar menjawab soalan UPSR yang telah diadakan di sekolah baru-baru ini


Bengkel Buat Alat Bantu Mengajar

Guru-guru SKGN tekun menghasilkan alat bantu mengajar untuk kegunaan P&P. untungnya guru besar dapat anak buah rajin-rajin.
ini pun samalah ni, buat alat bantu mengajar.


Koir

Jurusolek Pro tahap sekolah ni sedang menyolek peserta koir. Jurusolek akan sekali lagi berkhidmat di Kedah pada 21 hingga 24 Julai ni, sebab 17 orang pelajar SKGN akan mewakili Terengganu ke pertandingan Koir Peringkat Kebangsaan.

ni lah dia pasukan koir yang menang tu...





Gotong Royong

Pelajar dan guru bergotong royong membersih kawasan sekolah.


28 June, 2007

Guru SKGN sedang mensisih kertas
soalan peperiksaan mengikut kelas

Bengkel PIPP peringkat sekolah


Sambutan hari Guru peringkat sekolah




Perjumpaan ibubapa

24 Jun 2007, ibubapa bertemu dengan guru. Berbincang masalah pelajaran anak-anak dan menandatangani buku PKSR



Hidup GoNang


Terbang, jangan tak terbang cikgu... aksi superman secara spontan yang dilakukan oleh peserta senamrobik.


18 Jun :Hari kecergasan dan kesedaran kesihatan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Marang telah berjaya diadakan di SK Gong Nangka. Sambutan daripada pelajar, guru dan kakitangan sekolah amat baik sekali
Pelajar sedang mencari maklumat, berdasarkan soalan yang diberi

Pelajar SK Gong nangka, Adik Wan NorAlia ni telah mewakili Terengganu dalam kejohanan hoki bawah 12th(P) MSSM 2007 yang telah diadakan di Negeri Sembilan pada 4 hingga 10 Jun 2007. Pasukan hoki bawah 12th ini telah menjadi juara di dalam pertandingan tersebut. Tahniahhhh.... hidup GoNang

Salam daripada Guru Besar SK Gong Nangka

Mengakar Merimbun Ilmu dan Amal, kita bersama lakarkan dalam usaha kita menjana generasi berwawasan. Tekad kita melahirkan Modal Insan yang dapat membangunkan negara seiring dengan kehendak Wawasan 2020 dan apa yang dihasratkan dalam PIPP. Kepada guru-guru SKGN, andalah pendidik yang terbaik yang ditakdirkan oleh Allah S.W.T untuk mendidik dan sama-sama membangunkan sekolah ini.