Waktu Solat - K.Trg dan Marang

COUNTDOWN TO PEPERIKSAAN UPSR 2011, at 08:00:

Hari Jam Minit Saat

27 July, 2007

Belajar Sambil Bersantai di Pantai Peranginan Kelulut

Calon-calon UPSR SK Gong Nangka sedang tekun membuat latihan dan ulangkaji di Pantai Peranginan Kelulut

lepas penat ulangkaji.... makanlah pulak.... hai.. baca bismillah tak tu....

Pelajar SK Gong Nangka di Pertandingan Koir Peringkat Kebangsaan di Alor Star,Kedah (22-24 Julai 2007)

SK Gong Nangka bangga dengan pelajar yang telah mewakili Terengganu ke Pertandingan Koir Peringkat Kebangsaan

16 July, 2007

UPSR dah dekat.....
Tahniah kepada pelajar yang mendapat 5A pra percubaan baru-baru ini, yang lain cuba dan usaha lagi:
Pelajar-pelajar yang dapat 5A ialah;

LIYANA SYAZWANI BT SIDEK
ADLEEN NUR BT MUSTAFA KAMAL
ASWANI BT SAIDI
FASIHA RUHILA BT FAKHROL RUZI
ATIKAH AINA BT ABDUL KALID
SITI AISYAH BT ABU BAKAR
SYAIDATUL AKMAL BT ABDUL MUBI
FATIN AMIRAH BT HARON
NURUL FATIN AIN BT ZARIMI
WAN AIN NADIRAH BT CHE WAN MANSOR
MOHAMMAD NAJMUDDIN B MOHD ZUKI
AHMAD NAJMI B HAMID
AIDA MASLINA BT ZAINI

15 July, 2007

Ketua Pelajar SKGN yang pertama

Adik Liyana Syazwani
Ketua Pelajar SK Gong Nangka yang pertama

Tahniah

Tahniah kepada Pelajar 5A Pra Percubaan UPSR baru-baru ini. Usaha dapatkan markah 100% pulak ya anak-anak.... Go!!! Nang...

Waktu Pagi Di SKGN

Pemandangan waktu pagi (6.59am) ini diambil dari tingkat dua bangunan SKGN

Pilihanraya memilih Ketua Pelajar SKGN

15 Julai 2007:PILIHANRAYA memilih Ketua Pelajar SKGN yang pertama berjalan lancar. Seramai 263 pengundi daripada 281 pengundi yang layak mengundi telah menyempurnakan tanggungjawab masing-masing, peratus mengundi ialah sebanyak 94%. Undi rosak berjumlah 8 undi iaitu 3.04%. Calon-calon yang bertanding ialah Liyana Syazwani bt. Sidek, Nur'ain Zahirah bt. Zulkifli, dan Zairul Hafizat b. Mohd Nazri. Calon-calon telah menjalankan kempen selama satu minggu, perang poster telah memeriahkan lagi pemilihan ini. Pilihanraya ini juga merupakan sebahagian dari kerja praktikal mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Ketatanegaraan. Pengundi yang layak mengundi terdiri daripada pelajar tahun 4,5 dan 6 serta semua guru SKGN

Pelajar beratur menunggu giliran untuk membuang undi

Kerani undi sedang menyemak senarai nama pengundi.

Liyana Syazwani iaitu salah satu calon sedang membuang undi

Penolong Kanan Dua SKGN sedang menunaikan tanggungjawabnya membuang undi
Proses mengira undi berjalan lancar.
Pilihanraya ini juga mendapat kerja sama pekerja swasta SKGN, yang bertindak sebagai kerani saluran undi, di mana tiga saluran pusat mengundi telah dibuka.

Keputusannya:Liyana Syazwani telah dipilih sebagai Ketua Pelajar SKGN yang pertama
Liyana Syazwani mendapat 155 undi (58.94%)
Zairul Hafizat mendapat 99 undi ( 37.64%)
Nur'ain Zahirah mendapat 11 undi (4.18%) - hilang pertaruhan

Go!!!Nang Boling

Pasukan Tenpin Boling SKGN meneruskan latihan setiap hujung minggu di Pusat Boling TER Kuala Ibai, seramai 30 orang pelajar terlibat dalam latihan ini.

Pelajar SKGN bersemangat meneruskan latihan mereka .. Go!!!Nang

13 July, 2007

Belajar dalam kumpulan

Pelajar SKGN yang bakal menghadapi UPSR September ini, tekun mengulangkaji dalam kumpulan masing-masing. Mereka biasanya belajar dalam kumpulan sehingga pukul 4.00 petang. Moga mereka berjaya ...... Go!!!Nang...

Ujian Bahasa Inggeris untuk Guru

Lulus ke gagal ni... cikgu Gong Nangka sedang menghadapi ujian kefahaman Bahasa Inggeris. Sapa gagal kena belanja nasi dagang...... Go!!!Nang...

Lambatnya datang ke sekolah


Segelintir pelajar SKGN dikesan sering datang lewat ke sekolah dan biasanya pelajar yang sama.