Waktu Solat - K.Trg dan Marang

COUNTDOWN TO PEPERIKSAAN UPSR 2011, at 08:00:

Hari Jam Minit Saat

31 August, 2008

SYUKUR...RAMADHAN DATANG LAGI

KEPADA SEMUA WARGA SKGN, DIUCAPKAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI.

HARI KELUARGA SKGN KALI PERTAMA DI TROPICAL RESORT SEKAYU

Pada 29 hingga 30 Ogos 2008 bertempat di Tropical Resort, Sekayu, Kelab KESANA SKGN telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Keluarga kali pertama. Rombongan bergerak setelah berkumpul di sekolah pada pukul 3.00 ptg. Sebelum itu konvoi 20 buah kereta ini singgah sebentar melawat anak Cg. Wan Rahanah yang mengalami kemalangan kecil.
Dalam perjalanan ke Sekayu, aktiviti mengenal kampung telah diadakan, dan Keluarga Cg. Noraini telah keluar sebagai Juara. Beberapa pertandingan juga telah diadakan sepanjang hari keluarga ini. Dalam pertandingan TSUNAMI anak Ustazah Norzaini telah menjadi juara, manakala anak Cg. Zailiah telah muncul Juara pertandingan 'Hingga Bengkak Keng'. Pertandingan Ratu Dart telah dimenangi oleh isteri Cg. Aziz dan GB muncul sebagai Raja Dart, dalam pertandingan Ratu Gelang, Cg Natrah telah muncul sebagai juara. Manakala dalam cabutan bonanza pula, Cg. Zailiah, Cg. Norani dan Cg. Zuraiza telah menjadi orang yang bertuah. Akhir sekali dalam pertandingan Lemparan Berapi, Cg Zainon telah berjaya menjadi juara dan memenangi sebotol sos pedas berapi. Rombongan bertolak pulang jam 12.00 tengah hari setelah puas bersantai bersama keluarga di dalam dingin air Sekayu.

28 August, 2008

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

Laungan Merdeka! Merdeka!Merdeka diketuai oleh saudara Mohd Tolahah bergema di hari sambutan kemerdekaan.




Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

27 August, 2008

KURSUS LADAP - ,27 OGOS 2008




Pada 27 Ogos 2008, SKGN telah mengadakan kursus dalaman yang bertajuk penggunaan laptop dan LCD dalam P&P, dan juga sedikit input bagaimana membuat laman Blog.

LENSA SEKITAR KEM UPSR TAHUN 6&5, DI SEKAYU,H.TRG



25 August, 2008

PROGRAM PEMANTAPAN STRATEGI MENJAWAB KERTAS UPSR 2008 DAN KEM ELIT PELAJAR UPSR 2009

SKGN akan menganjurkan program tersebut di Taman Pertanian Sekayu pada 26 dan 27 Ogos 2008 sebagai satu usaha untuk memantapkan lagi minda pelajar dalam menjawab kertas peperiksaan UPSR pada 9 - 11 Sept ini. Ketenangan Taman Pertanian Sekayu tersebut diharap akan lebih memberi kesan peningkatan kepada calon-calon UPSR. Serentak dengan itu juga, program pelajar elit tahun lima turut diadakan sebagai usaha melahirkan pelajar yang berwibawa dalam menghadapi cabaran UPSR tahun 2009. Semoga semua pelajar berjaya...
Pokok Buah Naga di hadapan SKGN semakin subur.

PROJEK BENDERA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 51



Guru-guru sibuk bekerjasama menyiapkan bendera berukuran 20 meter sempena sambutan bulan kemerdekaan ke 51.

18 August, 2008

LENSA SEKITAR KURSUS LADAP DI SKGN PADA 17 OGOS 2008



PROJEK BENDERA SEMPENA MERDEKA KE 51



Guru-guru dan kakitangan SKGN bersama-sama bergotong royong membuat bendera Malaysia sempena sambutan Kemerdekaan Negara kali ke 51

KEM MOTIVASI PELAJAR TAHUN 5



Pada 14 Ogos 2008, SK Gong nangka telah melaksana satu program motivasi khas untuk pelajar tahun 5, sebagai persediaan menghadapi UPSR 2009.

HARI KELUARGA GURU-GURU DAN KAKITANGAN SK GONG NANGKA AKAN DIADAKAN DI TROPICAL RESORT@SEKAYU PADA 29 - 30 OGOS 2008. PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG...

14 August, 2008

KURSUS INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN PELAJARAN

17hb Ogos 2008, SKGN akan menganjur kursus integriti dalam perkhidmatan pelajaran. Kursus tersebut akan bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang, bertempat di bilik seminar SKGN.

KEDUDUKAN MATA RUMAH SEHINGGA 14 OGOS 2008

BENDAHARA - 877 mata
LAKSAMANA - 979 mata
TEMENGGONG - 630 mata
PANGLIMA - 660 mata


LAKSAMANA MASIH JUARA ......

13 August, 2008

KEM MOTIVASI TAHUN 5

Pada 14hb Ogos 2008, SKGN akan mengadakan kem motivasi khas untuk pelajar Tahun 5, sebagai persediaan menghadapi UPSR tahun 2009. Kem tersebut bermula pukul 8.00 pagi hingga pukul 10.00 malam. Jawatankuasa Bimbingan dan Kerjaya SKGN mengendali sepenuhnya kem ini.

PROGRAM KOKURIKULUM DI BULAN RAMADHAN

Antara pertandingan yang akan dijalankan ialah
1. Selawat berkumpulan antara rumah
2. Tilawah al-Quran
3. Bacaan Tahlil dan Doa
4. Berzanji.

4 buah rumah akan bertanding dalam program ini, iaitu Rumah Bendahara, Rumah Temenggong, Rumah Panglima, dan Rumah Laksamana. Setakat ini Rumah Laksamana masih lagi mengungguli dalam kutipan mata rumah.

PERTANDINGAN AKHIR MINGGU KOKURIKULUM MERIAH



10 August, 2008

KEM PERKASA ELIT DAERAH MARANG 7-9 OGOS 2008


Penyelia Kawasan Hadir Memantau


Peserta tekun mengikuti kem

06 August, 2008

TAHNIAH......

Dalam Ujian Percubaan UPSR baru-baru ini, seramai 10 orang pelajar telah mendapat 5A (18.52%) ... Tahniah..

Tutorial Perkasa Elit UPSR Daerah Marang

Pada 7,8 dan 9hb Ogos ini, SK Gong Nangka akan menjadi tuan rumah Kem Tutorial Elit UPSR Daerah Marang. Tiga buah sekolah terlibat dalam kem ini, iaitu SK Jenang, SK Sentol Patah dan SK Gong Nangka.

05 August, 2008

MINGGU KOKURIKULUM SKGN MERIAH



Pertandingan membuat gubahan




PERTANDINGAN MEMASAK

PERTANDINGAN PASANG DAN BUKA KHEMAH