Waktu Solat - K.Trg dan Marang

COUNTDOWN TO PEPERIKSAAN UPSR 2011, at 08:00:

Hari Jam Minit Saat

28 October, 2008

HARI KOKURIKULUM SKGN




Setiap hari Selasa, sempena aktiviti kokurikulum, guru-guru SKGN akan berpakat menyediakan makanan tengah hari sebelum melaksanakan aktiviti kokurikulum pada sebelah petang

PERHIMPUNAN MINGUAN UNIT BERUNIFORM SKGN



LAKSA BUATAN SENDIRI DIHARI PERPISAHAN GURU GSTT


Pada 23 Okt, tamatlah tugas guru GSTT di sekolah ini, iaitu Cik Ummi dan Cik Shila, sempena tamat bertugas di sekolah ini, satu jamuan laksa telah diadakan, kedua-dua Cik ini telah menyediakan makanan tersebut dibantu AJK Kelab KESANA.

CHE ABAS DEMAM


Makanan tradisional Terengganu yang hampir dilupakan. Baru-baru ini Kelab Guru SKGN telah berjaya menyediakan makanan tersebut. Enak dimakan lebih-lebih lagi bila makan ramai-ramai.

13 October, 2008

MAJLIS TAHLIL

13 Okt 2008 - Kelab Guru dan Kakitangan SKGN (KESANA) telah mengadakan majlis tahlil selepas selesai menunaikan Solah Zohor bejemaah di surau SKGN. Al-Fatihah untuk suami Cg. Robiah, Adik Cg. Wan Surita, Ibu mertua Cg. Aziz, moga roh mereka dicucuri rahmat daripada Allah s.w.t.

MAJLIS PENYERAHAN PAKAIAN SERAGAM UNIT BERUNIFORM

Majlis tersebut telah diadakan pada 13 Okt 08, dan telah disempurnakan penyampaiannya oleh Pen. Pegawai Pelajaran Daerah Marang, En Ashari bin Ngah.
Majlis tersebut telah mendapat kerjasama dan sokongan daripada ibubapa.
En Ashari dan En Kamaruddin menyampaikan pakaian seragam unit beruniform kepada ibubapa pelajar. Selain daripada itu ibubapa juga telah diberi penerangan bagaimana memasang lencana mengikut cara yang betul oleh ketua-ketua unit badan beruniform SKGN.

09 October, 2008

MAJLIS JAMUAN TEH BERSAMA KANAK-KANAK ISTIMEWA DI PRIMULA BEACH RESORT




8 Okt 2008 - KANAK-KANAK ISTIMEWA SKGN DIRAIKAN DI PRIMULA BEACH RESORT SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Persembahan Tarian Selamat Datang Oleh Penari-Penari SKGN

05 October, 2008

PERINGATAN - PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU, IBUBAPA DAN PELAJAR:

Peperiksaan akhir tahun akan diadakan sepertimana berikut;

Ujian Lisan Bahasa Inggeris (SBOA) : 14 hingga 16 Okt 2008
Ujian Lisan Bahasa Melayu (PLBS) : 14 hingga 16 Okt 2008
Peperiksaan Akhir Tahun (PKSR) : 19 hingga 23 Okt 2008
Ujian Kecergasan (SEGAK) : 28 hingga 29 Okt 2008

Sila ambil makluman dan tindakan.

Sekian, terima kasih

MENU ENCIK ABAS DEMAM

Bahan-Bahannya;

4 cawan sagu rembia
8 cawan air
2 cawan gula

Cara Membuatnya;
- Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut
- Letakkan di atas dapur dan kacau sehingga pekat.

Bahan Untuk Kuah;

1 biji kelapa ( ambil santan )
6 ulas bawang merah
2 ekor ikan kembung / selayang
sedikit halia
sedikit halba
garam secukup rasa

Cara Membuat Kuah;
- Ikan dipanggang (bakar), ambil isinya dan hancurkan
- Campurkan kedua-dua bahan (ikan) dan bahan-bahan untuk kuah. Kacau sehingga masak (pekat)
- Sejukkan ke dalam loyang dan sagu rembia dipotong mengikut selera, kemudian masukkan ke dalam kuah untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.....

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU, IBUBAPA DAN PELAJAR:

Peperiksaan akhir tahun akan diadakan sepertimana berikut;

Ujian Lisan Bahasa Inggeris (SBOA) : 14 hingga 16 Okt 2008
Ujian Lisan Bahasa Melayu (PLBS) : 14 hingga 16 Okt 2008
Peperiksaan Akhir Tahun (PKSR) : 19 hingga 23 Okt 2008
Ujian Kecergasan (SEGAK) : 28 hingga 29 Okt 2008

Sila ambil makluman dan tindakan.

Sekian, terima kasih