Waktu Solat - K.Trg dan Marang

COUNTDOWN TO PEPERIKSAAN UPSR 2011, at 08:00:

Hari Jam Minit Saat

17 February, 2009

MASKOT IKAN BUTIR NANGKA MERIAHKAH SUASANA

17 Feb 2009- Kejohanan Oalhraga MSSM Marang bermula. SKGN turut menyertai kejohanan ini. Pasukan SKGN berbaris masuk megah dan bergaya ditemani maskot Ikan Butir Nangka yang berjaya menghiburkan dif-dif jemputan. Tahniah kepada peserta kerana berjaya menyertai perbarisan ini. Kontigen kita tak ada yang pengsan tau....

LATIHAN PERARAKAN MASUK BENDERA UNIT BERUNIFORM

10 Feb 2009 - Latihan istiadat masuk bendera unit beruniform SKGN telah diadakan pada pukul 3.00 petang, 10 Feb 2009 (Selasa), latihan diadakan sebagai persiapan hari unit beruniform yang akan diadakan 4 minggu dari tarikh bermula latihan, dimana berbagai pertandingan antara unit beruniform akan diadakan termasuk pertandingan antara guru pembimbing.

PILIHANRAYA MEMILIH KETUA PELAJAR



Pada 10 Feb 2009 pelajar-pelajar dan guru SKGN telah menunaikan tanggungjawab membuang undi untuk memilih Ketua Pelajar SKGN bagi sesi persekolahan 2009. Menurut Cg Aziz yang bertindak sebagai Pengarah Pilihanraya, hari pembuangan undi berjalan lancar dan penuh berdisiplin.

09 February, 2009

HARI PENYAMPAIAN HADIAH




Pada 5 Februari 2009, SKGN telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah untuk pelajar-pelajar cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum, tidak ketinggalan hadiah khas untuk pelajar cemerlang UPSR 2008. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pen. Pegawai Pelajaran Daerah Marang, En. Rahim bin Mohd Zain.

MESYUARAT AGONG BADAN BEUNIFORM SKGN



Pada 3 Feb 09, badan beruniform SKGN telah mengadakan mesyuarat agong masing-masing, pada tarikh yang sama persatuan dan kelab juga turut mengadakan mesyuarat agong persatuan masing-masing